Alhamdulillah. Program Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kepujian (BDD) telah berjaya mendapat sambungan pentauliahan akreditasi EAC selama 6 tahun. Tahniah dan terima kasih kepada semua ahli fakulti, pelajar dan semua yang terlibat dalam usaha ini. Tagline "Ini baru FKMP" nyata tidak sia-sia.
Tahniah kepada pelajar/graduan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan yang secara rasminya berkonvokesyen pada 21 November 2021. Setinggi-tinggi tahniah juga diucapkan kpd graduan FKMP yang menerima Anugerah-Anugerah Akademik Sempena Konvokesyen ke-21 UTHM. (https://online.fliphtml5.com/vtnnq/eand/#p=1)
Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2020 anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia berlansung secara dalam talian pada 9 November 2021 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tahniah kepada saudara Khairul Firdaus bin Mohd Talib daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) yang telah menerima Anugerah Kepimpinan Sukan.Syabas & Tahniah! Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi!
Tahniah di ucapkan kepada En. Mohamed Nasrul bin Mohamed Hatta atas perlantikan semula sebagai Timbalan Dekan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni). Semoga FKMP akan terus mashyur dan kekal menyantuni pelajar dengan berkesan.
BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya memecahkan rekod negara melalui penciptaan sebuah dron bersaiz gergasi. Inovasi terbaharu dikenali sebagai C-Drone ini dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UTHM itu mampu membawa muatan seberat 200 kilogram (kg) sekali gus berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’
Ketua projek, Prof. Madya Dr. Zamri Omar berkata, projek yang memakan masa kurang dua tahun ini turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihat pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri.
Walaupun pertama kali diadakan secara dalam talian, penganjuran International Conference in Mechanical and Manufacuring Engineering (ICME 2021) kali ke-11 yang berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos 2021 lalu berjaya menarik penyertaan hampir 120 kertas kerja dari dalam dan luar negara.
Persidangan antarabangsa anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada kali ini turut melibatkan penyertaan pengucaptama dari tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, China, India, Turki, Jepun dan Thailand.