• Home
  • UTHM FKMP Official Website - student activities

Calon Kem Pusat : SAT International Futsal Championship Thailand 2021

TAHNIAH & SYABAS! Fakulti mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada wakil pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), di atas pencapaian saudara:

1. Muhamad Alif bin Mat Amin

Terpilih sebagai CALON TUNGGAL UTHM yang telah berjaya mendapat tempat dalam sesi kem latihan pusat futsal kebangsaan sebagai persiapan ke SAT International Futsal Championship Thailand 2021 ⚽️

Kami berbangga dengan pencapaian ini dan semoga saudara terus maju kehadapan dan menjadi inspirasi buat semua ✨

Congratulation! 2nd place in 2019 MTUN Challenge Cup

Sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan FKMP kerana telah dinobatkan sebagai pemenang tempat ke-2 dalam pertandingan MTUN INTEGRATED DESIGN PROJECT di UTEM baru-baru ini. Semoga kejayaan terus bersama anda semua

Kejohanan Petanque Double Tertutup Johor 2019

Sekalung tahniah diucapkan kepada Mohd Zulwali Kiflee bin Mahamad dan Muhamad Akif bin Abd Latif yang merupakan pelajar FKMP diatas pencapaian mereka merangkul tempat ke-3 dalam Kejohanan Petanque Double Tertutup Johor 2019 bertarikh 30 November 2019(Sabtu), bertempat di Arena Petanque Taman Flora, Batu Pahat, Johor. Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian.

NIOSH OIL AND GAS SAFETY PASSPORT (OGSP)

Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) had collaborate with NIOSH to organise a programme named NIOSH OIL AND GAS SAFETY PASSPORT (OGSP) program. This programme was held on 21st August 2021 from 8:00 am to 6:00 pm via Zoom platform.
 
The intention of this programme was to help the participants acquire knowledge on safety and health aspects on the premises of oil and gas companies. Rationally, this NIOSH OIL AND GAS SAFETY PASSPORT OGSP program can provide exposure to students about NIOSH passport and the importance of owning them before working in the industry.
 
This program is specially intended for final year students of the Faculty of Mechanical Engineering and Manufacturing, UTHM. A total amount of 14 participants joined the program and it was conducted successfully. As the organiser, we would be glad to give a huge appreciation to all the participants. Hope the knowledge gained from this programme will give benefits for your future self✨
 
Thank you🙏🏻
 
Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM)
Sesi 20/21
Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pelajar FKMP Penerima Anugerah Tun Abdul Razak

TAHNIAH & SYABAS! Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada saudara ; ✅ Mifzal Nazhan Bin Mazlan. Selaku pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal kerana telah berjaya menerima Anugerah Tun Abdul Razak daripada Yayasan Tun Abdul Razak 👨🏻‍🎓

Kami berbangga dengan pencapaian ini dan semoga saudara terus maju kehadapan dan menjadi inspirasi buat semua ✨

PROGRAM “TEAM BUILDING 3 PENJURU”

Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) telah menganjurkan program “TEAM BUILDING 3 PENJURU” dengan kerjasama Kelab Kejuruteraan Awam (KKA) dan Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) yang telah berlangsung pada 7/8/2021. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kelab-kelab fakulti kejuruteraan di UTHM. Program ini telah diadakan secara alam maya menggunakan medium Google Meet dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik telah dijalankan dengan menggunakan aplikasi 'Gather' bagi mencapai objektif program. Secara keseluruhannya, keterlibatan semua ahli kelab fakulti sangat memberangsangkan.
 
Selaku penganjur, kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan✨
Sekian, terima kasih.
Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM)
Sesi 2020/2021
Faakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Tahniah kepada MPP FKMP

 

TAHNIAH & SYABAS!
Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada wakil pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), di atas pelantikan saudara/saudari:
1. LUQMAN HAKIM BIN MAHMOOD ZUHDI (CD180201)
2. YUSRA SOLEHAH BINTI SUWANDI (DD190062)
3. MUHAMMAD AZRIN SHAFIQ BIN AZHAN (CD180208)
sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bagi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi 2020/2021.
 
TAHNIAH & SYABAS!
Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada wakil pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), di atas pelantikan saudara:
1. MOHAMAD YUSOFF WARSA MOHAMED BIN ABDULLAH (CD180185)
2. SAIFUL HELMI BIN MAT NASRI (CD180020)
sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Kawasan Umum Kampus Induk Parit Raja, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi sesi 2020/2021.

Tahniah Puteri Alya Medina, Wakil Malaysia ke ASLC 2021

FKMP mengucapkan jutaan tahniah kepada Saudari Puteri Alya Medina Binti Ibrahim (FKMP) kerana berjaya terpilih mewakili Malaysia ke Asia Student Leadership Conference 2021(ASLC 2021) anjuran The Smile Mission, Singapore yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Julai 2021. Untuk makluman, Saudari Medina telah dicalonkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengikuti ASLC 2021. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa UTHM.

UTHM Johan ICDL Asia Digital Challenge 2019

Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Taufiq Bin Zainuddin, pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan kerana berjaya menjadi JOHAN dalam ICDL Asia Digital Challenge 2019 – Malaysia National Round bagi kategori Design & Engineering. Beliau akan mewakili Malaysia ke ICDL Asia Digital Challenge 2019 peringkat Asia yang akan berlangsung pada September 2019. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Duta Besar Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey.

Worldwide WMAM-ISWA YPG Sustainability Video Award 2020

PBP mengucapkan jutaan tahniah buat pelajar UTHM yang telah memenangi Worldwide WMAM-ISWA YPG Sustainability Video Award 2020. Pelajar FKMP bersama FKEE telah berjaya meraih tempat naib johan.

Nama peserta: Muhammad Nabil Bin Mohd Noor (FKEE), Mohammad Fatihi Ashraf Bin Adnan (FKMP), Mohammad Zaihan Rahimi Bin Zamdin (FKMP)
Hadiah Kemenangan: RM 1,000.00 + sijil penyertaan


Video: https://www.facebook.com/564914713552332/posts/3277562148954228/

Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537703   ||   Fax: +6074536080  ||  Contact Us

"Aim for the sky, then someday, you will be among the stars",
FKMP 2019-2021© Copyright Reserved