The International Journal of Integrated Engineering (IJIE) is a single blind peer reviewed journal which publishes 3 times a year since 2009, by our university publisher. The journal is dedicated to various issues focusing on 3 different fields, mainly civil, electrical and mechanical engineering. It is indexed by Scopus and provide a good platform for our researchers to publish their work. Please visit this page for further information.
Sekalung tahniah diucapkan kepada YBrs. Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Bukhari Bin Manshoor atas lantikan sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan yang telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2021. Semoga banyak pencapaian yang dikecapi pada masa akan datang.
Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti telah melantik Ts Shamsul Kamar bin Abu Samah, Ketua National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO) sebagai Profesor Adjung FKMP untuk tempoh 2 tahun bermula 1 November 2020 hingga 30 Oktober 2022.
Pihak Fakulti mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan semoga ia mampu membantu Fakulti mencapai kegemilangan.
Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin kerana telah menggalas tugas sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan jayanya . Tahniah di atas pelantikan sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah . Kami berharap agar kejayaan demi kejayaan akan menyusuli pada masa akan datang
Tahniah kepada Jawatankuasa PSM dan sidang editorial yang terlibat untuk terbitan pertama RPPME. Semoga usaha ini akan menjana momentum penulisan ilmiah di dalam fakulti. Klik untuk pautan.
Fakulti ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bergraduasi pada tahun 2020. Anda melangkah masuk dengan seribu satu harapan dan kini pulang dengan seribu satu kenangan dan kejayaan. Kami mendoakan hanya yang terbaik untuk anda. Tahniah!!