Skip to main content
OBJEKTIF KUALITI
FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL DAN PEMBUATAN

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) komited melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan objektif kualiti tahun semasa berikut dicapai, dipantau dan dikaji semula sejajar dengan visi, misi, objektif kualiti Universiti

  1. Memastikan enrolmen pelajar FKMP melebihi 90% daripada enrolmen sasaran 500 orang pelajar setahun.
  2. Memastikan enrolmen pelajar antarabangsa FKMP melebihi 6% daripada jumlah enrolmen pelajar tahun semasa.
  3. Memastikan staf FKMP memperoleh dana penyelidikan baharu melebihi RM 1,500,000.00 setahun.
  4. Memastikan h-Index (SCOPUS) FKMP meningkat satu (1) nilai h-indeks setiap tahun.
  5. Memastikan kebolehpasaran graduan setelah 6 bulan bergraduat mencapai 70% atau lebih dan setelah 12 bulan bergraduat kebolehpasaran graduan FKMP mencapai 90% atau lebih.
  6. Memastikan 30% staf akademik FKMP memiliki Kelayakan Profesional atau setaraf dan 40% kelayakan Ts atau setaraf.
  7. Memastikan 25% staf akademik FKMP memiliki Sijil Kompetensi atau diiktiraf sebagai Orang Yang Kompeten (OYK) dalam bidang-bidang keutamaan FKMP.
  8. Memastikan 100% staf FKMP memenuhi keperluan 7 hari program latihan dan pembangunan diri setahun.

 

 

Dibentang dan diluluskan di:

Mesyuarat Kajian Semula FKMP Bil. 1/2021 bertarikh 11 Oktober 2021

Mesyuarat Pengurusan FKMP Bil 8/2021 bertarikh 24 Oktober 2021

 

Disediakan oleh:

Pejabat Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

28 Oktober 2021