Skip to main content

24 & 2πŸ“ Jun πŸπŸŽπŸπŸ’ | ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 8th MECHYFEST 2024

Program MECHYFEST kali ke 8 tahun 2024 yang bertemakan "Excellence of Analytical Approach" telah diadakan pada 24 & 25/06/2024 bertempat di Kompleks Teknologi Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) yang lalu. Perasmian program ini telah disempurnakan pada 24 Jun 2024 oleh Yang Berbahagia Prof Dato’ Ir. Ts. Dr. Ruzairi bin Abd Rahim, Naib Canselor UTHM dan dihadiri barisan kepimpinan eksekutif UTHM, pengurusan fakulti, Dekan-dekan fakulti, para pensyarah serta pelajar FKMP. Turut hadir meraikan program ini ialah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi Prof. Ts. Dr. Rabiah binti Ahmad, juga Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Prof. Dr Lokman Hakim bin Ismail, Penolong Naib Canselor Digital & Infrastuktur Prof. Ir. Dr. Md Saidin bin Wahab dan juga Penolong Naib Canselor Strategik & Kualiti Prof. Dr. Mas Fawzi bin Mohd Ali.

#myFKMP

#hepauthm

#PPMFKMP

#UTHMPrihatin