Skip to main content

Dron gergasi mampu angkat beban 200kg

BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya memecahkan rekod negara melalui penciptaan sebuah dron bersaiz gergasi. Inovasi terbaharu dikenali sebagai C-Drone ini dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UTHM itu mampu membawa muatan seberat 200 kilogram (kg) sekali gus berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’

Ketua projek, Prof. Madya Dr. Zamri Omar berkata, projek yang memakan masa kurang dua tahun ini turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihat pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri.

grant

Continue reading

  • Created on .

Walaupun pertama kali diadakan secara dalam talian, penganjuran International Conference in Mechanical and Manufacuring Engineering (ICME 2021) kali ke-11 yang berlangsung pada 25 hingga 26 Ogos 2021 lalu berjaya menarik penyertaan hampir 120 kertas kerja dari dalam dan luar negara.

Persidangan antarabangsa anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada kali ini turut melibatkan penyertaan pengucaptama dari tujuh negara iaitu Malaysia, Indonesia, China, India, Turki, Jepun dan Thailand.

conference

Continue reading

  • Created on .

FKMP mengucapkan jutaan tahniah kepada Saudari Puteri Alya Medina Binti Ibrahim (FKMP) kerana berjaya terpilih mewakili Malaysia ke Asia Student Leadership Conference 2021(ASLC 2021) anjuran The Smile Mission, Singapore yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Julai 2021. Untuk makluman, Saudari Medina telah dicalonkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi bagi mengikuti ASLC 2021. Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa UTHM.

student activities

  • Created on .

Bubur Lambuk MechClub 2021

5 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadan 1442 telah berlangsung dengan jayanya aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi FKMP (MECHCLUB) dibawah program Qaseh Ramadan 2021. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini diketuai oleh En. Mohamad Rashid bin Kasmari.

activity, CSR

Continue reading

  • Created on .