Skip to main content

PROGRAM “TEAM BUILDING 3 PENJURU”

Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) telah menganjurkan program “TEAM BUILDING 3 PENJURU” dengan kerjasama Kelab Kejuruteraan Awam (KKA) dan Kelab Kejuruteraan Elektrik (KKE) yang telah berlangsung pada 7/8/2021. Program ini merupakan program yang julung kali diadakan untuk mengukuhkan lagi hubungan antara kelab-kelab fakulti kejuruteraan di UTHM. Program ini telah diadakan secara alam maya menggunakan medium Google Meet dari jam 9.00 pagi hingga 2.30 petang. Pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik telah dijalankan dengan menggunakan aplikasi 'Gather' bagi mencapai objektif program. Secara keseluruhannya, keterlibatan semua ahli kelab fakulti sangat memberangsangkan.
 
Selaku penganjur, kami ingin menzahirkan ucapan terima kasih dan sekalung penghargaan kepada semua peserta yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa hadapan✨
Sekian, terima kasih.
Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM)
Sesi 2020/2021
Faakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

student activities

  • Created on .