• Home
  • News
  • Dron gergasi mampu angkat beban 200kg

Dron gergasi mampu angkat beban 200kg

BATU PAHAT- Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya memecahkan rekod negara melalui penciptaan sebuah dron bersaiz gergasi. Inovasi terbaharu dikenali sebagai C-Drone ini dihasilkan oleh kumpulan penyelidik UTHM itu mampu membawa muatan seberat 200 kilogram (kg) sekali gus berjaya mencipta rekod dalam Malaysia Book of Records bagi kategori ‘Beban terberat yang boleh diangkat oleh sesebuah dron.’

Ketua projek, Prof. Madya Dr. Zamri Omar berkata, projek yang memakan masa kurang dua tahun ini turut dibantu oleh sekumpulan pelajar dan penasihat pakar daripada universiti tempatan dan pihak industri.

“Bermula dengan aktiviti analisis dan reka bentuk, simulasi, fabrikasi komponen, pemasangan, integrasi sistem dan pengujian terbang, semuanya telah dilaksanakan di dalam fasiliti makmal projek C-Drone yang berlokasi di kampus induk.

“Secara umumnya, C-Drone digerakkan oleh kuasa bateri dan ianya adalah dari jenis Multirotor Vertical Takeoff and Landing (VTOL). Saiz prototaip dron kargo UTHM ini kira-kira lima meter panjang, lima meter lebar dan dua meter tinggi, manakala berat kasarnya pula sekitar 400kg,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut beliau, projek pembangunan C-Drone ini bertujuan untuk menghasilkan suatu proof of concept (POC) iaitu bagi membuktikan konsep reka bentuk dan sistem dron kargo besar ini boleh dibina dan ia berupaya beroperasi dengan baik. – K! ONLINE

grant

  • Created on .

Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537703   ||   Fax: +6074536080  ||  Contact Us

"Aim for the sky, then someday, you will be among the stars",
FKMP 2019-2022© Copyright Reserved