Bubur Lambuk MechClub 2021
5 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadan 1442 telah berlangsung dengan jayanya aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi FKMP (MECHCLUB) dibawah program Qaseh Ramadan 2021. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini diketuai oleh En. Mohamad Rashid bin Kasmari.
Program dimulai seawal 8.30 pagi dengan aktiviti gotong-royong penyediaan bahan-bahan bubur lambuk dan tamat pada 1.00 tengahari. Sebanyak tiga periuk besar bubur lambuk berjaya dimasak dengar bantuan staf-staf fakulti untuk diagihkan.
Semoga aktiviti ini dapat menjalinkan ukhwah yang baik sesama ahli fakulti seterusnya mendapat ganjaran pahala pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Laporan asal oleh - Dr Azian Hariri
- Created on .