Skip to main content

5 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadan 1442 telah berlangsung dengan jayanya aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi FKMP (MECHCLUB) dibawah program Qaseh Ramadan 2021. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini diketuai oleh En. Mohamad Rashid bin Kasmari.

TAHNIAH & SYABAS! Fakulti mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada wakil pelajar dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal & Pembuatan (FKMP), di atas pencapaian saudara:

1. Muhamad Alif bin Mat Amin

Terpilih sebagai CALON TUNGGAL UTHM yang telah berjaya mendapat tempat dalam sesi kem latihan pusat futsal kebangsaan sebagai persiapan ke SAT International Futsal Championship Thailand 2021 ⚽️

Kami berbangga dengan pencapaian ini dan semoga saudara terus maju kehadapan dan menjadi inspirasi buat semua ✨

Terima Kasih diatas kehadiran anda ke Program Jom Belajar Sambil Berniaga "ENTREPRENEURIAL MOTIVATION TALK" sempena Mechyfest 2019 . . Semoga ilmu yang diperolehi mampu difahami, diamal dan disebarkan untuk kebaikan bersama

Sekalung tahniah diucapkan kepada Mohd Zulwali Kiflee bin Mahamad dan Muhamad Akif bin Abd Latif yang merupakan pelajar FKMP diatas pencapaian mereka merangkul tempat ke-3 dalam Kejohanan Petanque Double Tertutup Johor 2019 bertarikh 30 November 2019(Sabtu), bertempat di Arena Petanque Taman Flora, Batu Pahat, Johor. Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian.

 

 

JOHOR BAHRU, 19 Sept 2018 - Hanya dengan tempoh setahun persediaan, sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah muda dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, mencipta rekod dengan mengadakan kelas di paras ketinggian 5,550 meter dari paras laut di Puncak Gunung Kalapathar, Nepal, tiga hari lepas (Ahad).

Lebih manis lagi, kejayaan itu dilakarkan pada Hari Malaysia dengan bendera Malaysia dan bendera  UTHM dikibarkan, sekali gus menjadi pengalaman manis bagi kumpulan itu, yang mengharungi  cabaran  selama 10 hari sebelum sampai di Kem Dasar Tertinggi Everest (EBC) itu.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Persatuan Pelajar Mekanikal telah menganjurkan program "MyFKMP Junior 10.0" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan keseluruhan elemen yang terdapat dalam FKMP. Program yang berlangsung pada 20 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Dewan 3, DTMI, UTHM.

TAHNIAH & SYABAS! Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) mengucapkan sekalung tahniah dan syabas kepada saudara ; ✅ Mifzal Nazhan Bin Mazlan. Selaku pemegang Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal kerana telah berjaya menerima Anugerah Tun Abdul Razak daripada Yayasan Tun Abdul Razak 👨🏻‍🎓

Kami berbangga dengan pencapaian ini dan semoga saudara terus maju kehadapan dan menjadi inspirasi buat semua ✨

Program Gotong Royong Perdana Sayangi UTHM yang berlangsung pada 31hb Oktober 2021. Diucapkan terima kasih kepada warga FKMP yang telah meluangkan masa dan tenaga untuk menjayakan aktiviti. Ini baru FKMP!