Batu Pahat, 30 Apr – Melihat kepada senario wabak Covid-19 yang berlaku, para sukarelawan daripada Pasukan Solusi Teknikal UTHM terpanggil untuk mencipta MDI Disposable Inhaler Spacer iaitu salah satu komponen pakai buang yang disambung pada alat utama penyedutan pernafasan (MDI inhaler) yang amat diperlukan oleh pesakit yang mempunyai masalah penafasan terutamanya kepada pesakit positif Covid-19 dan pesakit asthma.