Skip to main content

Program Ziarah dan Iftar Qaseh Ramadan 2021 di Tanjung Sedili

1 Mei 2021 bersamaan 19 Ramadan 1442 telah berlangsung dengan jayanya Program Ziarah dan Iftar Qaseh Ramadan 2021 anjuran FKMP, UTHM bersama Yayasan Amal Malaysia. Prof. Madya Dr. Mohammad Sukri bin Mustapa telah mengetuai program ini bersama-sama tujuh staf dan dua pelajar FKMP. Turut serta juga dua orang wakil Yayasan Amal Malaysia.

Program dimulai seawal 2.00 petang dengan sesi ziarah bagi menyantuni dan menyampaikan barangan keperluan harian kepada tujuh buah keluarga asnaf di kawasan sekitar Tanjung Sedili. Seterusnya Majlis Iftar pula telah dilaksanakan di Surau Assyakirin Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili. Turut disampaikan adalah barangan keperluan harian kepada 18 orang saudara baru yang diraikan oleh Timbalan Dekan (Akademik dan Antarabangsa) FKMP, Prof. Madya Ts. Dr. Muhd Hafeez Bin Zainulabidin selaku wakil pengurusan FKMP. Majlis Iftar ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran ahli jawatankuasa surau dan penduduk kampung.

Pihak FKMP mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian qariah Kampung Teluk Jeri Luar, Tanjung Sedili dalam menjayakan program ini. Semoga ikatan ukhwah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

#QasehRamadan2021
#MyFKMP 

See Less

CSR

  • Created on .