Skip to main content

Majlis Persaraan Prof. Ts. Dr. Badrul Bin Omar

Pada 30 Sep 2021 yang lepas sekitar jam 12 tgh satu majlis untuk meraikan sempena persaraan Prof Ts Dr Badrul Bin Omar telah diadakan secara online.
 
Program telah dimulakan dengan ucapan dari YB Dekan FKMP Dr Bukhari Manshoor dan diteruskan dengan ucapan oleh YB Prof Badrul dimana program berakhir pada jam 1 tgh. Terima kasih Prof atas sumbangan bakti dan khidmat yang telah diberikan kepada fakulti. Ramai dari kalangan kami yang menjadi anak didik Prof. Moga ilmu yang dicurahkan dapat dimanfaatkan sebaiknya. Terima kasih kepada Mechclub FKMP, pengerusinya Dr Zamani Ngali yang sama-sama sumbang idea dalam menjayakan program ini. Tidak dilupakan kepada pengacara majlis Hj Nasrul Hatta yang menyerikan majlis dengan rangkap2 pantun yang ohsem.
 
Tidak dilupakan kepada penyumbang bagi program ini... Anda memang hebat. Program diakhiri dengan sesi penyerahan cenderahati diakhir majlis tersebut.
  • Created on .