Skip to main content

Majlis Lawatan Projek Public Private Research Network (PPRN) di Parit Sulong

Majlis Lawatan Projek Public Private Research Network (PPRN) di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia telah hadir melawat projek PPRN melibatkan Syarikat Bio Star Resources dan T&M Mee Siput. YB Menteri turut menyampaikan mock cek geran PPRN berjumlah RM27,500 kepada pihak UTHM yang diwakili oleh Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM bersama penyelidik Prof. Madya Ts.Dr. Saifulnizan bin Jamian (FKMP) hasil kerjasama dengan Syarikat Bio Star Resources.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Datuk Seri Dr. Mazlan bin Yusoff, Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), Dr. Mohd. Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KPT, Prof. Dato' Dr. Husaini bin Omar, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Jabatan Pendidikan Tinggi KPT dan Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, Naib Canselor UTM.
 
 

grant

  • Created on .