Skip to main content

KROMME UTHM ke SMK SRI LALANG

Kumpulan KROMME UTHM melawat SMK Sri Lalang sempena minggu STEM

28 April 2019 : Alhamdulillah STEM FKMP telah diberi peluang untuk menyantuni para pelajar SMK Sri Lalang sempena minggu STEM mereka bersama team KROMME UTHM dengan membawa teknologi robot & 3D Printer... Hilang penat bila melihat kegembiraan Team KROMME melayani keletah adik-adiknya...

Continue reading

  • Created on .
Selamat Hari Lahir, YBhg. Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly

Seluruh warga UTHM mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat ayahanda yang dikasihi, YBhg. Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM .

Didoakan agar YBhg. Prof. dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memacu dan memimpin Universiti ke arah kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.

Continue reading

  • Created on .

Penilaian Indeks Patriotisme

Sistem Penilaian Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional

Mohon semua pelajar untuk mengisi soal selidik di laman sesawang seperti tercatat dalam poster ini. Selepas mejawab soal selidik pelajar diwajibkan untk mencetak sijil perakuan dan menghantar ke Pejabat Fakulti. Soal selidik ini WAJIB dijawab oleh pelajar. Mohon PA ambil tindakan dengan segera

Continue reading

  • Created on .

ADTEC Visits

Lawatan Makmal Automotif FKMP oleh ADTEC, Melaka

Satu lawatan sambil belajar yang di anjurkan bersama antara ADTEC Melaka dan Makmal Automotif dan Engin Pembakaran Dalam FKMP telah berlangsung pada 3 April 2019.

Lawatan ini melibatkan kira-kira seramai 30 orang pelajar dan 5 pegawai pengiring dan disambut oleh warga makmal, dan diwakili oleh Kumpulan Fokus Group ARG (CEIES). Seminar pendek berkaitan transmisi dan engin kenderaan telah disampaikan oleh ahli Fokus Group yang pakar dan ternyata mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kemudiannya sesi lawatan makmal telah diadakan.

Pihak makmal, ARG dan CEIES mengucapakan terima kasih kepada ADTEC atas kesudian melawat dan di harap aktiviti seperti ini dapat memberi manaafaat kepada semua pihak yang terlibat.

Continue reading

  • Created on .

Seminar PSM

Seminar Penulisan Thesis PSM 2018/2019

JK PSM (Jawatankuasa Projek Sarjana Muda) telah mengendalikan satu seminar khas dengan tujuan untuk membantu para pelajar dalam penulisan projek tahun akhir mereka. Seminar telah berjalan dengan jayanya dan diucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi meluangkan masa. 

Juga ucapan selamat maju jaya untuk semua para pelajar.

Continue reading

  • Created on .