Skip to main content

Tahniah dan selamat berbakti diucapkan buat Ir. Dr. JAMILUDDIN JAAFAR dan Ts. Dr. MOHAMAD FARID SIES yang telah dilantik dan bakal berganding bahu selaku penceramah bagi program Kursus Keterampilan Diri dan Cara Berkomunikasi kepada 60 orang pelajar Politeknik Merlimau, Melaka pada 16 Mei 2024 bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Kuliah JKM, Politeknik Merlimau, Melaka. Semoga dengan pengalaman dan ilmu yang dicurahkan, peserta dapat memanfaatkan sebaik mungkin pengisian program tersebut bagi meningkatkan keterampilan diri dan Kemahiran berkomunikasi sebelum menempuh alam pekerjaan walau dalam apa jua industri yang diceburi kelak.

#UTHMPrihatin