Skip to main content

Lawatan TKSU KPM ke Makmal Inovasi

08.03.2020 | Lawatan kerja rasmi oleh YBhg. Dato' Kamel bin Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia. Objektif utama lawatan kerja tersebut adalah untuk melihat pembangunan Kampus Induk UTHM, Pusat Latihan Minda Emas dan Landasan Terbang Tanjung Labuh. Delegasi YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha juga melawat ke Makmal Inovasi UTHM-Fraunhofer IEM.

YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha telah diterangkan konsep utama Makmal Inovasi tersebut, termasuk metodologi Jerman yang digunapakai daripada ideasi sehingga ke ciptaan sesebuah inovasi. YBhg. Dato’ juga mencuba sendiri demonstrasi teknologi Virtual Reality projek Industrie 4.0 yang dibawa masuk dari Jerman.

YBhg. Dato’ Timbalan Ketua Setiausaha telah menegaskan pentingnya keupayaan untuk berinovasi pada zaman digital ini. YBhg. Dato’ berpuas hati dengan pencapaian Makmal Inovasi, dan berpesan untuk meningkatkan lagi kebolehnampakan hasil usahasama UTHM dengan pihak Fraunhofer IEM dan Hochschule Osnabrueck ini.

 

 

 

 

visit

  • Created on .