Skip to main content

Johan Pertandingan Mencipta Video Pendek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019. Tahniah!!

Jutaan tahniah buat pelajar-pelajar UTHM yang telah memenangi anugerah dalam Pertandingan Mencipta Video Pendek Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2019

anjuran Jawatankuasa Industrial Hygiene Catalyse Committee (IH2C), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NCOSH) dan .Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH).

UTHM telah berjaya meraih dua (2) anugerah iaitu:

1. Johan bagi Kategori Bising

Nama peserta: Shaktivell a/l M.Letchumanan (FKMP), Noel Lee Qai Phing (FKMP), Jerome Devan a/l Lourdes Christopher Anthony (FKMP), Robin a/I Rajendran (FKMP), dan Narendraan Rao A/L Subba Rao (FKMP).

Hadiah Kemenangan: RM 2,000.00 + sijil penyertaan

2. Tempat Ketiga bagi Kategori Ergonomik

Nama peserta: Ros Raziah Binti Zakaria (FPTP), Nurul Shahfirra Binti Roshidee (FPTP), Nur Syasya Azmina Binti Safizan (FPTP) dan Nurul Natasha Binti Abdullah (FPTP).

Hadiah Kemenangan: RM 500.00 + sijil penyertaan

Tahniah di atas pencapaian membanggakan ini! Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi buat semua mahasiswa/i UTHM.

competition

  • Created on .