Skip to main content

 

📌 Program CIDB Green Card diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai ‘Green Card’ untuk menjalani Latihan Industri
📌 Hal ini kerana ‘Green Card’ (Kad Hijau) amat penting supaya pelajar-pelajar dapat turun ke tapak LI dengan sempurna
📌 Malah, kad hijau juga penting kepada pelajar sekiranya berlaku kemalangan, pelajar tersebut akan mendapat perlindungan sewajarnya

Berita baik untuk pelajar tahun akhir dan graduan 2019 !

KURSUS HEALTH AND SAFETY OFFICER

Harga RM 2500 utk pelajar UTHM
Mula 13hb Sept habis 14 Dec 2019
Kelas hujung minggu, 22 hari, 11 kali hujung minggu
Boleh bayar ansuran
Before class - RM 1500
By 30 sept - RM 400
By 31 Oct - RM 300
By 30 Nov - RM 300

Bertindak segera..

Dear UTHM students,

Want to be ready for the future of work? 
Want to find out how your skills fit into the working world?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan melaksanakan Program Graduate Employability I4.0 (GE I4.0) kepada pelajar Tahun Akhir Semester Akhir. Program ini adalah merupakan satu program kebolehpasaran graduan di peringkat nasional. Melalui program ini, peserta akan diberi pendedahan dan pendekaran terhadap kemahiran yang selari dengan elemen I4.0.

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan mengadakan Program Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah 2.0 kepada graduan IPTA. Program Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah ini merupakan satu inisiatif daripada UPSI untuk membantu graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan sebagai Mutawwif dan Mutawwifah profesional.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Datuk / Prof. Dato’ / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Bahasa (PPB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menawarkan perkhidmatan Writing Clinic secara percuma sepanjang Semester I Sesi 2019/2020. Butiran perkhidmatan adalah seperti berikut:-

Sasaran: Pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dalam:

(i) teknik menjawab MUET Paper 4 (Writing) ,

(ii) tatabahasa Bahasa Inggeris dan

(iii) asas pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris

Oleh Farid Danial Norazman

Batu Pahat, 27 Dis 2021 – Research Centre for Unmanned Vehicle (RECUV) dan Kelab Aeronautik UTHM, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah bekerjasama menganjurkan program webinar yang bertajuk “Industrial Talk: Airport Management and Financial Management During COVID-19” secara dalam talian.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para ahli Kelab Aeronautik tentang pengurusan lapangan terbang, selain memberi penekanan terhadap cabaran dan strategi pengurusan lapangan terbang dan kewangan sewaktu dunia dilanda wabak COVID-19.

Webinar ini telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Jefry Ramli yang mempunyai pengalaman selama 19 tahun di Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB).

Jefry menjadi antara pengurus lapangan terbang termuda pada usia 29 tahun dan kini beliau merupakan seorang pengurus lapangan terbang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Pada program ini, Jefry telah memberi perkongsian sedikit sebanyak berkenaan latar belakang Malaysia Airports.

Beliau juga mengadakan sesi kuiz interaktif bersama ahli Kelab Aeronautik untuk mengetahui kadar pengetahuan am pelajar terhadap pengurusan lapangan terbang serta memberi penerangan tentang model kewangan lapangan terbang.

Pada sesi tersebut, beliau turut menceritakan tentang hasil pendapatan lapangan terbang yang terbahagi kepada dua iaitu aero revenue dan non-aero revenue, disusuli impak Covid-19 terhadap hasil lapangan terbang.

COVID-19 telak memaksa negara di seluruh dunia untuk menutup sempadan antarabangsa dan mengenakan sekatan perjalanan yang ketat untuk membendung penularan virus itu.

Penutupan sempadan yang mengakibatkan penurunan jumlah penumpang yang mendadak pada tahun 2019 dan 2020 memaksa pihak MAHB merancang pelan kelangsungan hidup dan pemulihan.

Perkongsian yang diberikan beliau telah membuka mata setiap ahli Kelab Aeronautik dalam mengenali dan memahami konsep secara asas perniagaan dan ekonomi lapangan terbang.

Melalui webinar ini ahli Kelab Aeronautik sedikit sebanyak dapat melengkapkan diri dengan pengetahuan asas sebelum menceburi kerjaya dalam industri penerbangan pada masa akan datang.