• Home
  • UTHM FKMP Official Website - student life

CELCOM XPAX Kejohanan E-Sukan. Tahniah!!

Sekalung tahniah diucapkan kepada TEAM FORCES REBORN dan TEAM BLANK di atas kejayaan mereka merangkul gelaran juara dan naib juara dalam pertandingan MLBB CELCOM XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Sem 2 (Zon Selatan)

MISI KEMBARA EVEREST BASE CAMP 2018

 

 

JOHOR BAHRU, 19 Sept 2018 - Hanya dengan tempoh setahun persediaan, sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah muda dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, mencipta rekod dengan mengadakan kelas di paras ketinggian 5,550 meter dari paras laut di Puncak Gunung Kalapathar, Nepal, tiga hari lepas (Ahad).

Lebih manis lagi, kejayaan itu dilakarkan pada Hari Malaysia dengan bendera Malaysia dan bendera  UTHM dikibarkan, sekali gus menjadi pengalaman manis bagi kumpulan itu, yang mengharungi  cabaran  selama 10 hari sebelum sampai di Kem Dasar Tertinggi Everest (EBC) itu.

MyFKMP Junior 10.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Persatuan Pelajar Mekanikal telah menganjurkan program "MyFKMP Junior 10.0" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan keseluruhan elemen yang terdapat dalam FKMP. Program yang berlangsung pada 20 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Dewan 3, DTMI, UTHM.

Neon Rush

NEON RUSH!
📌 NEON RUN organized by Persatuan Pelajar Mekanikal (PPM) And Mechclub FKMP.

Never Stop Learning

Imelda Billy

“Bukan cikgu ingat dengan saya pun, saya takda kerja sekarang.”

“Cikgu tak pernah mesej saya. Mentang-mentang saya tak sambung belajar.”

“Saya tak pandai, cikgu. Bukan macam mereka yang lain.”

Itulah antara mesej / ayat saya dapat dari beberapa orang bekas pelajar saya, maka tergerak hati saya untuk berkongsi sesuatu hari ini.

If you WERE or ARE my students or anybody’s students, please read this. Especially jika kamu rasa kamu adalah pelajar “bodoh”.

Kepada pelajar kelas “hujung” atau “pelajar lemah” yang cikgu pernah ajari dari hari pertama cikgu mendidik sampai ke saat ini, pertama sekali cikgu mohon maaf jika tindakan dan kata-kata cikgu pernah melukakan kamu. But I am not sorry for the things I did yang berniat hanya untuk mengajar / mendidik kamu. Ketahuilah oleh kamu bahawa cikgu tidak pernah dengan sengaja mahu memarahi kamu. Hari ini cikgu nak kamu tahu akan sesuatu yang cikgu rasa, kebanyakan guru lain turut sependapat dengan cikgu.

Pusat Pengajian Bahasa (PPB) : Writing Clinic

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. Datuk / Prof. Dato’ / Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan / Saudara / Saudari,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengajian Bahasa (PPB) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia menawarkan perkhidmatan Writing Clinic secara percuma sepanjang Semester I Sesi 2019/2020. Butiran perkhidmatan adalah seperti berikut:-

Sasaran: Pelajar-pelajar yang memerlukan bantuan dalam:

(i) teknik menjawab MUET Paper 4 (Writing) ,

(ii) tatabahasa Bahasa Inggeris dan

(iii) asas pembinaan ayat dalam Bahasa Inggeris
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved