Pembukaan Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS) bagi Fasa 2/2019
Assalamualaikum/Salam Sejahtera
YBhg. Prof /Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN PASCASISWAZAH (GPPS) FASA 2/2019
(Tarikh pembukaan permohonan pada 9 - 15 Oktober 2019 melalui Sistem ORKED)
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), ingin menjemput semua staf akademik yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk mengemukakan permohonan Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS) bagi Fasa 2/2019.
3. Kriteria permohonan GPPS Fasa 2/2019 adalah seperti berikut:
a) Terbuka kepada pelajar Pascasiswazah Semester 1 & 2 sahaja (pelajar tempatan sahaja);
b) Permohonan bagi pelajar Pascasiswazah Semester 2 akan dipertimbangkan jika melampirkan bukti penulisan yang telah diterbitkan. Paper di dalam status review tidak akan diterima;
c) Mod Pengajian adalah penyelidikan sepenuh masa;
d) Salinan surat tawaran dan kad matrik pelajar perlu disertakan.
4. Semua permohonan perlu memenuhi kriteria yang telah ditetapkan serta mematuhi Garis Panduan Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS).
5. Tuntutan elaun bagi permohonan yang lulus tertakluk kepada penyaluran peruntukan oleh pihak Universiti. Sebarang pertanyaan yang berkaitan boleh dimajukan kepada Puan Nur Hidayah binti Marsi (07-4538397) atau Cik Nurul Huda binti Abdul Rahman (07-4538402).
Perhatian dan kerjasama YBhg. Prof./ Tuan/ Puan mengenai perkara di atas amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC)
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
- Created on .