Selamat Hari Lahir, YBhg. Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly
Seluruh warga UTHM mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat ayahanda yang dikasihi, YBhg. Profesor Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM .
Didoakan agar YBhg. Prof. dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan untuk terus memacu dan memimpin Universiti ke arah kecemerlangan demi agama, bangsa dan negara.
Sistem Penilaian Indeks Patriotisme dan Perpaduan Nasional
Mohon semua pelajar untuk mengisi soal selidik di laman sesawang seperti tercatat dalam poster ini. Selepas mejawab soal selidik pelajar diwajibkan untk mencetak sijil perakuan dan menghantar ke Pejabat Fakulti. Soal selidik ini WAJIB dijawab oleh pelajar. Mohon PA ambil tindakan dengan segera
Satu lawatan sambil belajar yang di anjurkan bersama antara ADTEC Melaka dan Makmal Automotif dan Engin Pembakaran Dalam FKMP telah berlangsung pada 3 April 2019.
Lawatan ini melibatkan kira-kira seramai 30 orang pelajar dan 5 pegawai pengiring dan disambut oleh warga makmal, dan diwakili oleh Kumpulan Fokus Group ARG (CEIES). Seminar pendek berkaitan transmisi dan engin kenderaan telah disampaikan oleh ahli Fokus Group yang pakar dan ternyata mendapat sambutan yang memberangsangkan. Kemudiannya sesi lawatan makmal telah diadakan.
Pihak makmal, ARG dan CEIES mengucapakan terima kasih kepada ADTEC atas kesudian melawat dan di harap aktiviti seperti ini dapat memberi manaafaat kepada semua pihak yang terlibat.
JK PSM (Jawatankuasa Projek Sarjana Muda) telah mengendalikan satu seminar khas dengan tujuan untuk membantu para pelajar dalam penulisan projek tahun akhir mereka. Seminar telah berjalan dengan jayanya dan diucapkan terima kasih kepada para pensyarah yang sudi meluangkan masa.
Juga ucapan selamat maju jaya untuk semua para pelajar.
JOHOR BAHRU, 19 Sept 2018 - Hanya dengan tempoh setahun persediaan, sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah muda dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, mencipta rekod dengan mengadakan kelas di paras ketinggian 5,550 meter dari paras laut di Puncak Gunung Kalapathar, Nepal, tiga hari lepas (Ahad).
Lebih manis lagi, kejayaan itu dilakarkan pada Hari Malaysia dengan bendera Malaysia dan bendera UTHM dikibarkan, sekali gus menjadi pengalaman manis bagi kumpulan itu, yang mengharungi cabaran selama 10 hari sebelum sampai di Kem Dasar Tertinggi Everest (EBC) itu.