Skip to main content

Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti telah melantik Ts Shamsul Kamar bin Abu Samah, Ketua National Aerospace Industry Coordinating Office (NAICO) sebagai Profesor Adjung FKMP untuk tempoh 2 tahun bermula 1 November 2020 hingga 30 Oktober 2022.


Pihak Fakulti mengucapkan tahniah di atas pelantikan ini dan semoga ia mampu membantu Fakulti mencapai kegemilangan.

  • Created on .

Sekalung Budi dan Terima Kasih

Kalau menebang si pohon jati
Papan di Jawa dibelah-belah
Kalaulah hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah
 
Terima kasih diucapkan kepada Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin kerana telah menggalas tugas sebagai Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dengan jayanya ??Tahniah di atas pelantikan sebagai Dekan Pusat Pengajian Siswazah ✨✨✨Kami berharap agar kejayaan demi kejayaan akan menyusuli pada masa akan datang ✨ 
 
  • Created on .

Tahniah & Selamat Bergraduasi

Fakulti ingin mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang bergraduasi pada tahun 2020. Anda melangkah masuk dengan seribu satu harapan dan kini pulang dengan seribu satu kenangan dan kejayaan. Kami mendoakan hanya yang terbaik untuk anda. Tahniah!!

  • Created on .

Program Kacau Bubur (MechClub)

Jom Kacau Bubur! Satu program anjuran MechClub telah dijalankan pada hari Rabu, 26 Ogos. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara staf FKMP dan mengeratkan ukhuwah yang selama ini telah terjalin.

Continue reading

  • Created on .