Batu Pahat, 30 Apr – Melihat kepada senario wabak Covid-19 yang berlaku, para sukarelawan daripada Pasukan Solusi Teknikal UTHM terpanggil untuk mencipta MDI Disposable Inhaler Spacer iaitu salah satu komponen pakai buang yang disambung pada alat utama penyedutan pernafasan (MDI inhaler) yang amat diperlukan oleh pesakit yang mempunyai masalah penafasan terutamanya kepada pesakit positif Covid-19 dan pesakit asthma.
5 Mei 2021 bersamaan 23 Ramadan 1442 telah berlangsung dengan jayanya aktiviti memasak dan pengagihan bubur lambuk anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi FKMP (MECHCLUB) dibawah program Qaseh Ramadan 2021. Acara tahunan yang dinanti-nantikan ini diketuai oleh En. Mohamad Rashid bin Kasmari.
Tahniah! Satu program masyarakat oleh kumpulan teknikal FKMP ke Pulau Bangi, Kudat, Sabah telah berlangsung pada bulan September. Semoga program ini serba sedikit dapat membantu kehidupan masyarakat disana. (Projek air dan elektrik).
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli Mechclub, penama qurban dan aqiqah, serta rakan yg membantu bersama-sama ahli qariah Masjid Parit Salleh Ros. Saya mewakili Mechclub memohon ribuan maaf jikalau ada kekurangan dan kelemahan dri ketiga-tiga pihak pejabat tanpa asrama, qariah masjid dan dari ahli Mechclub sekalian. Alhamdulillah. Semoga kita semua mendapat berkah di sisi Allah SWT. Amin.." - Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Rasidi
Klik sini untuk Galeri Korban 2020
Lawatan MECHCLUB ke rumah staf untuk bertanya khabar terkini.
Aktiviti CSR yang dijalankan aktif dengan penglibatan fakulti. Semoga UTHM terus menjadi institusi yang memberi menafaat kepada semua.
|13 Mei 2020 | YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM telah sudi hadir bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
1 Mei 2021 bersamaan 19 Ramadan 1442 telah berlangsung dengan jayanya Program Ziarah dan Iftar Qaseh Ramadan 2021 anjuran FKMP, UTHM bersama Yayasan Amal Malaysia. Prof. Madya Dr. Mohammad Sukri bin Mustapa telah mengetuai program ini bersama-sama tujuh staf dan dua pelajar FKMP. Turut serta juga dua orang wakil Yayasan Amal Malaysia.
.
Beberapa wakil pasukan teknikal sudah mengadakan pertemuan dengan pihak Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang pada 30 Mac lalu dengan membawa satu unit prototaip Kotak Intubasi.
KAKITANGAN dan penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Johor mencipta pelindung muka tiga dimensi (3D) bagi membantu petugas barisan hadapan COVID-19.