UTHM Cipta Dron Cargo Pertama di Malaysia
BATU PAHAT: Jika biasanya dron dihasilkan untuk merakam video dari sudut tinggi namun Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bakal mencipta sejarah apabila menghasilkan dron kargo pertama di Malaysia.
Dron kargo dibangunkan ini bertujuan mengangkut atau menghantar barangan dari satu tempat ke tempat lain dan menjadi antara medium baharu sistem pengangkutan dan penghantaran barang selain kapal terbang, kapal serta lori.
Biarpun dipanggil dron kargo, namun peranannya boleh digunakan dalam aplikasi lain seperti penyemburan baja, mencari dan menyelamat, memadam kebakaran atau sebagai dron penumpang.
Petikan dari akhbar tempatan. Artikel asal di sini. Tahniah Team C-Drone UTHM
- Created on .