Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan Pertubuhan Kebangsaaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir)
#UTHMevents | 7 November 2024 | Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UTHM dan Pertubuhan Kebangsaaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) bertempat di Dewan Jamuan, Aras 5, Perpustakaan Tunku Tun Aminah, UTHM.
YBhg. Prof. Ts. Dr. Amir Khalid, Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM hari ini telah menandatangani MoU bersama Pertubuhan Kebangsaaan Pekerja Berkemahiran (Belia Mahir) yang diwakili oleh En. Rizan bin Hassan, Ketua Belia Mahir. Majlis ini turut disaksikan oleh YBhg. Prof. Ir. Dr. Md. Saidin Wahab, Penolong Naib Canselor (Digital dan Infrastruktur)/Ketua Pegawai Digital UTHM. Turut hadir, delegasi industri dan pegawai-pegawai universiti.
MoU ini bertujuan memperkukuhkan kerjasama penyelidikan, perkongsian akademik dan peluang latihan industri kepada pelajar dalam bidang teknologi dan kejuruteraan. UTHM dan Belia Mahir juga akan menjalin kerjasama dalam penyediaan TVET, khususnya dalam bidang pembuatan enjin pesawat bagi pelajar program Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan (Pembuatan Pesawat) Dengan Kepujian.
Untuk rekod, Program Malaysia China Youth TVET Training, UTHM Fasa 1 yang disertai oleh 15 pelajar dan 3 staf FKMP bakal berlepas ke Guangxi Technological College of Machinery and Electricity, China pada 10 November 2024 ini.
Semoga dengan langkah pertama ini, membuka lembaran baharu dan memberi masa depan yang cerah kepada pelajar UTHM.
𝙆𝙡𝙞𝙠 𝙥𝙖𝙪𝙩𝙖𝙣 https://linktr.ee/uthmofficial 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝙡𝙚𝙗𝙞𝙝 𝙞𝙣𝙛𝙤 𝙢𝙚𝙣𝙜𝙚𝙣𝙖𝙞 𝙐𝙏𝙃𝙈.
- Created on .