Skip to main content

Tahniah kepada pakar-pakar FKMP yang bakal menyumbangkan ilmu dan kemahiran dalam Program JOM MENGENALI TVET yang akan diadakan pada:

📅 Tarikh: 11 Julai 2024

🕗 Masa: 8.00 pagi - 1.00 petang

📍 Lokasi: Dewan Terbuka SK Seri Binjai

Program ini adalah kerjasama antara SK Seri Binjai dan pakar penyelidik FKMP, UTHM untuk memperkenalkan teknologi terkini dalam industri Malaysia. Berikut adalah beberapa demonstrasi yang akan diadakan:

  1. Demonstrasi Dron oleh Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Mohd Azahari Bin Razali
  2. Demonstrasi ‘3D Printing’ oleh Prof. Madya Dr. Hamidon Bin Salleh
  3. Demonstrasi Bahan Komposit oleh Ir. Dr. Jamiluddin Bin Jaafar
  4. Demonstrasi Tenaga Solar oleh Prof. Madya. Ts. Dr. Mustaffa Bin Ibrahim

Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan ilmu mengenai dunia teknologi terkini yang pesat dalam industri Malaysia. Kami berharap program ini dapat memberikan manfaat kepada semua yang hadir.

#UTHMPrihatin