MyFKMP Junior 10.0
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Persatuan Pelajar Mekanikal telah menganjurkan program "MyFKMP Junior 10.0" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan keseluruhan elemen yang terdapat dalam FKMP. Program yang berlangsung pada 20 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Dewan 3, DTMI, UTHM.
Program ini telah dirasmikan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Dan Pembuatan iaitu Prof. Dr. Shahruddin Bin Mahzan @ Mohd Zin. Selamat datang diucapkan kepada pelajar baharu Sesi Februari 19/20.
Semoga kejayaan bersama kalian semua. #ThisIsFKMP #DenganHikmahKitaMeneroka #kamiUTHM #UTHM
- Created on .