
Coretan asal : Dr. Omar Mohd Faizan Marwah , URock 2019
University Robot Competition Kingdom of Champions #UROCK2019 merupakan pertandingan robot yang diadakan di peringkat kebangsaan bermula pada tahun 2019 bagi edisi kedua. UROCK mempertandingkan beberapa kategori pertandingan berbeza iaitu Drone Delivery Challenge(DDC) , Legged Robot Race(LRR) dan Cooperative Robot Challenge(CRC).
Tahniah diucapkan kepada saudara Muhammad Taufiq Bin Zainuddin, pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan kerana berjaya menjadi JOHAN dalam ICDL Asia Digital Challenge 2019 – Malaysia National Round bagi kategori Design & Engineering. Beliau akan mewakili Malaysia ke ICDL Asia Digital Challenge 2019 peringkat Asia yang akan berlangsung pada September 2019. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Duta Besar Ireland ke Malaysia, Eamon Hickey.