PROGRAM GRADUATE EMPLOYABILITY INDUSTRI 4.0 (I4.0)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Malaysia Technology Development Corporation Sdn. Bhd. (MTDC) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan melaksanakan Program Graduate Employability I4.0 (GE I4.0) kepada pelajar Tahun Akhir Semester Akhir. Program ini adalah merupakan satu program kebolehpasaran graduan di peringkat nasional. Melalui program ini, peserta akan diberi pendedahan dan pendekaran terhadap kemahiran yang selari dengan elemen I4.0.
Seramai 100 peserta yang terpilih akan ditawarkan pekerjaan di syarikat berteraskan teknologi dalam ekosistem MTDC dan rakan strategik yang mewakili pelbagai industri.
KRITERIA & SYARAT PENCALONAN
---
1. Peserta mestilah individu warganegara Malaysia.
2. Peserta mestilah berumur 25 tahun ke bawah.
3. Terbuka kepada graduan dari Institusi Pengajian Tinggi Awam (Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti) yang akan bergraduasi pada tahun 2019)
4. Peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Pertama di dalam bidang STEM (Science, Technology, Engineering, Mathematics), TVET, Cyber Security, Software Development, Pemasaran dan Pengajian Islam.
5. Peserta mestilah mempunyai sekurang-kurangnya CGPA 3.30 ke bawah.
6. Berminat menceburi pekerjaan berkaitan industri 4.0.
7. Bersedia untuk tugas-tugas di lapangan dan ditempatkan di luar kawasan.
8. Belum berkahwin, sihat tubuh badan dan tiada sebarang penyakit kronik atau penyakit berjangkit.
9. BERSETUJU untuk mengikuti program ini secara sepenuh masa.
PELAKSANAAN PROGRAM
---
A. Pencalonan Peserta
i. Pelajar UTHM yang berminat untuk menyertai perlu MEMENUHI KRITERIA dan SYARAT yang ditetapkan dan TARIKH TUTUP penyertaan adalah pada 21 JUN 2019 (Jumaat).
ii. Peserta dikehendaki mengisi borang pencalonan melalui pautan berikut: https://forms.gle/Mdr9b8o8SJy6DzY8A
iii. Peserta adalah pelajar yang akan bergraduasi pada tahun 2019.
B. Pemilihan Peserta
i. Pihak KPM dan MTDC akan memilih 200 calon untuk mengikuti latihan.
ii. Surat tawaran melalui e-mel bagi mengikuti Program GE I4.0 akan dikeluarkan kepada calon yang terpilih pada awal JULAI 2019.
iii. Calon yang terpilih akan mengisi Surat Setuju Terima bagi mengikuti program dan dikembalikan kepada urusetia dalam tempoh 5 hari bekerja daripada tarikh surat tawaran.
C. GE I4.0 Enhancement Workshop (Hari 1-4)
i. Pelaksanaan latihan dijadual akan dilaksanakan bermula pada bulan Ogos 2019 (3 hingga 8 Ogos 2019).
ii. 200 peserta akan menjalani GE I4.0 Enhancement Workshop.
iii. Tempoh pelaksanaan bagi GE I4.0 Enhancement Workshop adalah selama enam (6) hari (termasuk Industry Speed Dating) di mana peserta akan didedahkan dengan peserkitaran kerja I4.0 berdasarkan modul-modul yang disediakan termasuk soft skills, functional skills, dan compassion (spiritual) sebagai persediaan ke dunia pekerjaan.
iv. Makan, minum dan penginapan sepanjang tempoh GE I4.0 Enhancement Workshop (4 hari) akan ditanggung oleh penganjur.
v. Kos perjalanan pergi dan balik ke tempat latihan adalah di bawah tanggungan peserta.
D. Industry Speed Dating (Hari 5-6)
i. Pihak MTDC akan menyediakan industri yang akan menawarkan penempatan pekerjaan melalui latihan yang dipantau secara bersama oleh KPM-MTDC.
ii. Industri akan menemuduga calon dan memilih 100 daripada 200 calon yang mengikuti program.
iii. Seramai 100 peserta akan mendapat peluang penempatan On-the-Job Training di syarikat berteraskan teknologi.
E. On-the-Job Training (3 bulan)
i. 100 peserta yang berjaya dalam sesi temuduga (Insdustry Speed Dating) akan menjalani on the job training selama tiga (3) bulan.
ii. Selepas tempoh tiga (3) bulan tersebut, peserta yang berkelayakan berpeluang ditawarkan pekerjaan di industri berkaitan.
iii. Sepanjang tempoh On-the-Job Training, peserta akan diberikan ELAUN sebanyak RM 1,500 sebulan.
iv. Peserta yang terpilih perlu menandatangani perjanjian mengikuti program secara sepenuh masa selama tiga (3) bulan.
- Created on .