Skip to main content

University Robot Competition Kingdom of Champions : Tahniah FKMP!

Coretan asal : Dr. Omar Mohd Faizan Marwah , URock 2019

University Robot Competition Kingdom of Champions #UROCK2019 merupakan pertandingan robot yang diadakan di peringkat kebangsaan bermula pada tahun 2019 bagi edisi kedua. UROCK mempertandingkan beberapa kategori pertandingan berbeza iaitu Drone Delivery Challenge(DDC) , Legged Robot Race(LRR) dan Cooperative Robot Challenge(CRC).

Pada kali ini pihak penganjur memperkenalkan dua lagi kategori iaitu Fun Run Robot Race dan Drone Racing untuk memriahkan lagi suasana pertandingan. Penganjuran kali ini menarik minat lebih 15 institusi pengajian di dalam negara dan sebuah institusi teknologi daripada negara India.

Pertandingan ini secara umumnya mampu mewujudkan daya saing antara para peserta melalui element penciptaan, teknologi , rekabentuk dan prestasi robot. Penciptaan dan pertandingan robot telah menjadi kebiasaan bagi sesebuah negara maju seperti Jepun,Korea dan kebanyakan negara-negara eropah. Dari segi softskill pula, para peserta dididik dengan kemahiran untuk bekerja secara berkumpulan dan semangta setiakawan yang boleh dikatakan tidak kurang pentingnya dalam kehidupan seharian dan bertukar-tukar pandangan dan perkongsian ilmu antara institusi pengajian yang hadir.

Pasukan #UTHM yang diwakili oleh pelajar-pelajar Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan #FKMP kali ini menghantar semua kategori yang dipertandingkan oleh pihak penganjur UNIMAP. Pasukan DDC UTHM A berjaya ke peringkat akhir dan merangkul tempat ke tiga membawa pulang sebuah cenderamata dan wang berjumlah RM1500 manakala pasukan UTHM B berjaya mendapat tempat ke 6 terbaik. Pasukan LRR UTHM untuk robot yang dikenali ‘Ropeah’ berjaya mara ke peringkat separuh akhir, manakala pasukan LRR ‘Azkaban’ dan ‘Jamilah’ mendapat tempat 14 dan 18 daripada 26 pasukan yang dipertandingkan. Untuk pencapaian pasukan CRC UTHM kali ini mendapat tempat ke enam daripada 8 pasukan di mana kategori ini memerlukan persediaan 3 robot setiap pasukan yang perlu dihasilkan untuk menenmbak dan merampas bendera. Untuk kategori Drone Racing Pasukan UTHM berjaya mendapat tempat ke 2 manakala kategori Fun Run Robot Race pasukan UTHM mendapat tempat ke 2 di mana kategori diperkenalkan pada hari pertandingan.

Pihak pasukan UTHM ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Unimap , penganjur bersama McDonalds Malaysia dan Yayasan Bank Rakyat atas penganjuran yang lebih berjaya tahun ini. Pihak pasukan juga ingin terima kasih kepada Pejabat Hal Ehwal Pelajar UTHM dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan yang dapat merealisasikan pasukan UTHM untuk menyertai pertandingan URock 2019.

Jumpa Lagi #URock2020 !!!
#IniBaruFKMP
#MyFKMP

competition, kromme, robot, featured, student activities

  • Created on .