Skip to main content

Artikel asal : Awani

PARIS: Kementerian Pendidikan Malaysia berhasrat untuk melahirkan graduan masa depan yang memiliki kemahiran, kebolehan dan nilai kemanusiaan yang diperlukan untuk menyesuaikan dengan kepesatan perubahan teknologi.

Menterinya, Maszlee Malik berkata ini kerana globalisasi dan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) akan mengubah masa depan pekerjaan disebabkan banyak pekerjaan yang sedia ada tidak lagi akan wujud.

Read more: Graduan perlu miliki nilai kemanusiaan, tingkat kebolehpasaran

  • Created on .

Dr Mahathir menyampaikan anugerah kepada Zakri pada majlis malam tadi. Turut kelihatan, Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching (kiri) dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datuk Ir Dr Siti Hamisah Tapsir (kanan). --fotoBERNAMA

 

Artikel asal : Astro Awani

SERI KEMBANGAN: Universiti harus berperanan sebagai pemangkin dan penggalak kepada pencarian ilmu atau digelar sebagai pemetaan bakat akademik dan pembangunan kesarjanaan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata pendidikan tinggi merupakan landasan untuk mencetus kreativiti dan menjana inovasi untuk kelangsungan negara, justeru itu institusi pendidikan tinggi ditubuhkan di semua negeri supaya budaya ilmu dapat dikembang secara menyeluruh dan bersifat inklusif.

Read more: Universiti sebagai pemetaan bakat akademik dan pembangunan kesarjanaan

  • Created on .

Artikel asal : Berita Harian

 

PUTRAJAYA: Kesatuan pelajar akan dihidupkan kembali di universiti awam (UA) tahun hadapan bagi menjadi medan golongan siswa melatih diri dan meraih pelbagai kemahiran, sebelum memasuki alam pekerjaan, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

 

Beliau berkata, kesatuan pelajar akan mengelola perniagaan mereka sendiri di dalam universiti, sekaligus menyediakan peluang pekerjaan sambilan kepada pelajar yang memerlukan.

Read more: Kesatuan pelajar medan mahasiswa raih kemahiran

  • Created on .