Skip to main content

Atikel asal : Sinar Harian
SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI | | 15 September 2019

Wan Saiful - Foto Bernama

GEORGETOWN- Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menyerahkan keputusan analisa Konsultasi Rakyat kepada Kementerian Pendidikan untuk dibuat keputusan di peringkat seterusnya.

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, semua pandangan yang diperoleh melalui Konsultasi Rakyat yang berakhir pada 13 Jun lalu itu telah dianalisa dan diserahkan kepada kementerian tersebut untuk diputuskan.

Menurutnya, proses di peringkat PTPTN telah selesai dan keputusan perlu dibuat oleh Kementerian Pendidikan sebelum dibawa ke Kabinet.

"Konsultasi Rakyat yang berakhir Jun lalu telah kita analisa. Pihak PTPTN telah serahkan kepada Kementerian Pendidikan, jadi pihak kementerian perlu membuat keputusan seterusnya dibawa ke Kabinet.