Skip to main content

Artikel asal : https://www.sinarharian.com.my/

 

SHAH ALAM - Ibu bapa haruslah mempunyai tabungan pendidikan buat anak-anak sejak dari awal lagi memandangkan kos yuran pengajian tinggi melambung mahal pada masa hadapan.


Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah & Jaringan Industri & Masyarakat), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata, dengan mengambil contoh pengiraan berdasarkan program pengajian dalam bidang sastera iaitu sains sosial termasuk ekonomi, berlaku peningkatan sangat besar di universiti awam dan juga institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Menurutnya, kos keseluruhan yuran pengajian di universiti awam bagi tempoh empat tahun pengajian dalam masa 10 tahun akan datang dengan kadar inflasi sebanyak empat peratus dan andaian keluarga akan membiayai sebanyak 10 peratus kos pengajian menggunakan simpanan sendiri meningkat daripada RM18,000 kepada RM28,286.