• Home
  • UTHM FKMP Official Website - activity

Entrepreneurial Motivation Talk

Terima Kasih diatas kehadiran anda ke Program Jom Belajar Sambil Berniaga "ENTREPRENEURIAL MOTIVATION TALK" sempena Mechyfest 2019 . . Semoga ilmu yang diperolehi mampu difahami, diamal dan disebarkan untuk kebaikan bersama

Kejohanan Petanque Double Tertutup Johor 2019

Sekalung tahniah diucapkan kepada Mohd Zulwali Kiflee bin Mahamad dan Muhamad Akif bin Abd Latif yang merupakan pelajar FKMP diatas pencapaian mereka merangkul tempat ke-3 dalam Kejohanan Petanque Double Tertutup Johor 2019 bertarikh 30 November 2019(Sabtu), bertempat di Arena Petanque Taman Flora, Batu Pahat, Johor. Semoga kejayaan sentiasa bersama kalian.

MISI KEMBARA EVEREST BASE CAMP 2018

 

 

JOHOR BAHRU, 19 Sept 2018 - Hanya dengan tempoh setahun persediaan, sekumpulan pelajar dan seorang pensyarah muda dari Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Batu Pahat, mencipta rekod dengan mengadakan kelas di paras ketinggian 5,550 meter dari paras laut di Puncak Gunung Kalapathar, Nepal, tiga hari lepas (Ahad).

Lebih manis lagi, kejayaan itu dilakarkan pada Hari Malaysia dengan bendera Malaysia dan bendera  UTHM dikibarkan, sekali gus menjadi pengalaman manis bagi kumpulan itu, yang mengharungi  cabaran  selama 10 hari sebelum sampai di Kem Dasar Tertinggi Everest (EBC) itu.

MyFKMP Junior 10.0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Persatuan Pelajar Mekanikal telah menganjurkan program "MyFKMP Junior 10.0" yang bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar baharu berkaitan keseluruhan elemen yang terdapat dalam FKMP. Program yang berlangsung pada 20 Februari 2020 (Khamis) bertempat di Dewan 3, DTMI, UTHM.

Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved