Skip to main content

Program Sijil Professional Mutawwif dan Mutawwifah 2.0

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) akan mengadakan Program Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah 2.0 kepada graduan IPTA. Program Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah ini merupakan satu inisiatif daripada UPSI untuk membantu graduan untuk mendapatkan peluang pekerjaan sebagai Mutawwif dan Mutawwifah profesional.

Objektif:
- Membantu graduan di setiap IPTA untuk mendapatkan Sijil Profesional Mutawwif dan Mutawwifah yang dikeluarkan oleh PPIM
- Mempersiapkan graduan di setiap IPTA dengan Sijil Profesional yang diiktiraf di peringkat Antarabangsa.
- Meningkatkan kebolehpasaran graduan di setiap IPTA untuk graduan yang sukar mendapatkan pekerjaan

UTHM telah diberi 50 tempat untuk penyertaan. Program ini terbuka kepada pelajar tahun akhir, semester akhir yang akan bergraduasi pada tahun 2019.

Tarikh Program: 26 - 30 Ogos 2019
Tempat Program: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Tarikh Tutup Penyertaan: 30 Jun 2019

Selepas menamatkan latihan selama 1 minggu di UPSI, pelatih akan diberikan Sijil Profesional Mutawwif/Mutawwifah kepada graduan terlibat dan graduan terlibat akan ditempatkan di Syarikat atau Agensi Pelancongan Mutawwif di seluruh Malaysia sebagai pekerja tetap di syarikat mereka.

Kepada pelajar tahun akhir yang berminat dan akan bergraduasi pada tahun 2019 perlu mengisi Link Google Form dibawah atau imbas kod QR pada poster yang dilampirkan.

http://bit.ly/mutawwif2

training

  • Created on .