Amanat Dekan

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi rasa kesyukuran kepada Allah SWT, Pencipta seluruh Alam, kerana dengan berkatnya, MyFKMP E-Buletin ini dapat diterbitkan pada tahun 2018. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua warga Sidang Editor kerana telah bekerja keras dalam menyediakan butiran seterusnya menghasilkan E-Buletin ini.

Menyingkap kembali pencapaian FKMP pada tahun 2017 telah menyaksikan pelbagai kejayaan dan kenangan manis yang dikecapi oleh Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, terutama dalam aspek pengajaran, penyelidikan dan pembangunan mahasiswa. Kejayaan dalam menempatkan diri dalam kelompok 300 terbaik dalam subjek "Mechanical, Manufacturing, Aerospace" dalam penarafan QS World Ranking telah membuktikan kehebatan FKMP. Walaubagaimanapun, segala kejayaan ini tidak akan terhasil tanpa pengorbanan dan usaha berterusan dari semua warga fakulti. Tahniah dan syabas saya ucapkan.

Seperti yang semua maklum, hasrat dan matlamat Universiti adalah untuk melahirkan graduan professional dalam menghadapi arus revolusi IR 4.0 yang sering diperkatakan. Justeru itu, bagi menyediakan para pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran dalam konteks seorang jurutera professional, kita sebagai warga pensyarah perlu mempelbagai kaedah pembelajaran dan pengajaran yang kreatif dan inovatif selaras dangan keperluan masa hadapan. Ini bagi membolehkan hasrat dicapai denagn kaedah yang lebih mantap dan tersusun.

Sebagai Dekan FKMP, saya berasa sungguh bertuah kerana mempunyai ramai pensyarah dan kakitangan sokongan yang sangat komited dalam menjalankan semua tugasan yang diberikan. Bagi menjamin suatu usaha yang lebih berkesan, gandingan kerja berpasukan perlu dilaksanakan dalam situasi dan persekitaran yang harmoni. Justeru itu, saya mengharapkan agar semua ahli fakulti dapat menjalinkan hubungan kerja yang lebih erat serta bekerjasama di antara satu sama lain dengan lebih berkesan agar hasil dapat dijelmakan secara optimum. Saya menyeru agar semua dapat bergerak seiring dangan satu suara, satu harapan, bersama membentuk satu cita demi mencapai matlamat dan objektif fakulti serta merealisasikan impian kita untuk menjadikan FKMP sebagai satu fakulti yang cemerlang dan terbilang. Semoga semua usaha kita diberkati Allah. Amin.

Akhir kata, selamat maju jaya.


Every Family Has A Story,

Welcome To Ours

FKMP
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved