INFO

FACULTY EVENT



 

RESEARCH ASSISTANT VACANCIES

Click for more info 


JADUAL WAKTU AKADEMIK SARJANA MUDA

KELAS SIANG

KELAS MALAM


CURRENT STUDENTS

SENARAI PENAWARAN KURSUS SEMESTER I 2013/2014

CARTA ALIR TUNTUTAN PERBELANJAAN PSM


ULASAN FAKULTI TERHADAP PERMASALAHAN PELAJAR

 


 

Tawaran mengikuti program "Human Capital Development" di bawah kelolaan Pusat Kecemerlangan Industri (ICoE), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT)


Penubuhan Pusat Kecemerlangan Industri atau Industry Centre of Excellence (ICoE) bukan sahaja mampu mengenal pasti isu berkaitan pembangunan modal insan, malah membolehkan pemindahan dan perkongsian teknologi dan maklumat bagi membantu jaringan rangkaian pembekal yang menyokong pihak industri. Diperkenalkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), program ini dijangka mampu untuk menangani isu kebolehpasaran graduan. Bagi menyokong kelancaran Program Transformasi Ekonomi (ETP), ICoE dipacu oleh syarikat-syarikat tonggak (Anchor Companies) dan disokong oleh universiti selaku lead university yang cukup signifikan dalam menemukan sektor industri dan universiti ke arah usaha dalam memastikan pembangunan modal insan yang berinovatif.

 

Program Human Capital Development adalah program yang dianjurkan oleh Pusat Kejuruteraan Automotif (AEC), Universiti Malaysia Pahang dibawah ICoE "Tool Die & Mould" dan Suspensi bersama sama dengan Kementerian Pengajian Tinggi untuk pelajar-di dalam jurusan kejuruteraan Mekanikal dan kejuruteraan Pembuatan yang berminat unuk mendalami bidang teknologi "Tool Die & Mould" dan Kejuruteraan Automotif. Pelajarpelajar akan mendapat pendedahan awal tentang kehendak industri dan peluang pekerjaan khususnya dalam bidang tersebut .

 

Program yang akan ditawarkan adalah seperti berikut:

 

  1. Bright Engineer Scheme (BES)

 

1.1 Syarat-syaratKelayakan

 

    •  Terbuka kepada pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Pembuatan.

 

    •  Mempunyai CGPA 3.30 dan keatas.

 

1.2 Elaun

 

  •  Elaun bulanan sebanyak RM1500 di sepanjang program ini berlangsung.

 

1.3 Kelebihan mengikuti program

 

  •  Sijil akan dikeluarkan oleh Universiti Malaysia Pahang.

 

  •  Memudahkan pelajar untuk mendapatkan penempatan latihan industri.

 

  •  Lawatan dan latihan di industry semasa program berlangsung.

 

  •  Peluang pekerjaan di dalam bidang "Tool and Die" dan Kejuruteraan Automotif.

 

1.4 Cara Memohon

 

Calon-calon yang berminat bolehlah menghantar butir-butir peribadi (resume) ke alamat dibawah sebelum atau pada 30 Mei 2013. Calon-calon yang memenuhi syarat akan dipanggil untuk temuduga.

 

Prof. Madya Dr Erween Abd Rahim

 

Penyelaras Program Human Capital Development ICoE Miyazu dan Sapura

 

Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

 

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

 

Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


POSTGRADUATE

STUDENT AFFAIRS AND ALUMNI

RESEARCH & CONSULTANCY

Penyelidik FKMP, UTHM cemerlang di ITEX’ 2013

Hasil penyelidikan dan Inovasi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa dengan kejayaan memperolehi 16 pingat Emas, 8 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa dalam Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi yang diadakan sempena 24th International Invention, Innovation, and Technology Exhibition 2013 (ITEX'13) yang berlangsung pada 09 hingga 11 Mei 2013 lalu di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Penyelidik UTHM terima pengiktirafan KPT

Tiga produk penyelidikan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dipilih untuk meraih anugerah penghargaan pada Malam Citra anjuran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 05 Mac 2013 bertempat di Hotel Marriot, Putrajaya.

Penghargaan ini diberikan atas sumbangan UTHM dalam menjayakan Pelan Tindakan Pembangunan Modal Insan Inovatif Tertiari (PTPMIIPT) yang diterajui oleh KPT.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha KPT, Dato' Ab. Rahim bin Md Noor yang mewakili Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohamed Khaled Nordin. Majlis gilang-gemilang ini turut dihadiri hampir keseluruhan wakil Institusi Pengajian Tinggi Awam yang bersama-sama menerima penghargaan melalui hasil produk masing-masing.

Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering (FKMP)

At present, the management of FKMP is headed by the Dean, Assoc. Prof. Dr Yusri bin Hj. Yusof who is assisted by three deputy deans; Deputy Dean (Academics and Internationalization), Assoc. Prof. Dr. Shahruddin b Hj. Mahzan @ Mohd Zin, Deputy Dean (Research and Development), Assoc. Prof. Dr. Ahmad Jais b Alimin and Deputy Dean (Student Affairs and Alumni), Dr. Zamri b. Omar. Supporting the faculty are five departments, each steered by a Head of Department as listed below:

Kelab Rekreasi dan Kebajikan Staf Mekanikal (MECHCLUB)

Kelab Rekreasi dan Kebajikan Staf Mekanikal (MECHCLUB) merupakan satu kelab yang dianggotai oleh semua staf Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. 

Ianya ditubuhkan dengan tujuan mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk perasaan muhibah di kalangan ahli kelab di Fakulti