Teaching

Senarai Jawatankuasa Pengajaran FKMP 2017

Prof. Madya Dr Badrul Aisham bin Md Zain (Timb. Dekan, Akademik dan Antarabangsa)

Prof. Madya Dr Musli Mohammad (Penyelaras)

Dr Iskhrizat bin Taib (JKT)

Dr Zakiah binti Kamdi (JKBR)

Dr Mohd Rasidi bin  Ibrahim (JKPI)

Dr Mohd Fahmi bin Abd Ghaffir(JKA)

En. Khairuddin bin Awang (JKM)

Pn.Nur Natasha binti Amerludin

 

 

Mesyuarat Penyelarasan e-Pembelajaran UTHM

Penyelaras Jawatankuasa Pengajaran FKMP telah menghadiri Mesyuarat Penyelarasan ePembelajaran UTHM mewakili TDAA pada 12 Januari 2017. Mesyuarat ini adalah anjuran Centre for Global Online Learning (CGOL), UTHM. Berikut adalah maklumat hasil mesyuarat berkenaan:

1. Full Online Classroom (FOC)

  • P&P dijalankan sepenuhnya atas talian selama 1 minggu
  • Melibatkan kuliah and tutorial
  • Blended Learning (Perlu ada RPP, Content, Activity & Assessment)
  • FKMP Minggu ke-6 kuliah (19-25 Mac 2016)

2. Massive Open Online Course (MOOC) 2017

3. Rakaman Video P&P

  • Kuliah
  • Demonstrasi / Amali / Kerja Makmal
  • Penggunaan aplikasi / perisian

4. Radio UTHM

  • Promosi aktiviti fakulti
  • Slot Bersama Fakulti
  • Podcast P&P

5. Kursus e-Learning CAD & CGOL

  • Perlu penglibatan staf akademik

 

Tawaran bagi staf akademik yang berminat untuk membangunkan kursus secara Massive Open Online Course (MOOC)

Sukacita dimaklumkan pembukaan tawaran bagi staf akademik yang berminat untuk membangunkan kursus secara Massive Open Online Course (MOOC).

M - Massive: Mengambarkan pelajar yang ramai dalam sekitar puluhan ribu pelajar

O - Open: Terbuka untuk masyarakat ramai tanpa sebarang yuran pendaftaran

O - Online: Dikendalikan secara atas talian menggunakan kemudahan Internet

C - Course: Merujuk kepada sesuatu kursus yang mempunyai tarikh permulaan dan tarikh tamat

 

Tujuan pelaksanaan MOOC adalah:

  • Peningkatan kualiti P&P di IPTA di Malaysia
  • Penjimatan kos
  • Meletakkan kursus IPTA ke peringkat global
  • Visibility, Positioning and Branding IPTA Malaysia
  • Pembelajaran Sepanjang Hayat
  • Agenda keutamaan Kementerian di bawah Lonjakan 9: Pembelajaran Dalam Talian Tahap Global (Globalised Online Learning) - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi)

 

Contoh kursus MOOC UTHM sedia ada boleh dicapai melalui:

https://www.openlearning.com/uthmmooc

 

Kursus MOOC dikira sebagai penerbitan elektronik dan boleh dimasukkan dalam SMPU yang mana akan diambilkira dalam LNPT. Selain itu, Centre for Global Online Learning (CGOL) UTHM akan memberikan ganjaran kepada pensyarah-pensyarah yang berjaya membangunkan MOOC dan dimasukkan ke sistem OpenLearning.com.

 

Taklimat lanjut dan latihan untuk pembangunan MOOC akan diberikan oleh pihak CGOL. Bahan pembelajaran MOOC antaranya terdiri daripada courseware, video, dokumen, pautan dan sebagainya serta setiap satunya diikuti dengan saranan aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, refleksi, kuiz dan pelaporan. Bahan pengajaran (e.g. video) untuk MOOC tidak semestinya dibangunkan sendiri - boleh ambil bahan pengajaran orang lain cuma kena bagi kredit kepada orang berkenaan.

 

Kepada staf akademik yang berminat, mohon maklumkan kepada Jawatankuasa Pengajaran.

Newsletter

Don't want to miss our interesting news and updates! Make sure to join our newsletter list.

Contact us

Address:
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700
Fax:+6074536080

Connect with us

We're on Social Networks. Follow us & get in touch.