Skip to main content

Pejabat Akademik - 29.9.2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Akademik FKMP mengambil langkah untuk membahagikan hari dan waktu yang berlainan dalam membantu pelajar yang mempunyai masalah pendaftaran kursus supaya proses pendaftaran secara manual dapat dilakukan dengan lancar. Ianya adalah seperti yang berikut:

1. Hari Ahad - Selasa (8-10 September 2019) adalah untuk pelajar yang tidak dapat mendaftar langsung sama ada satu kursus / lebih atau kesemua kursus (tertakluk kepada Peraturan Akademik Universiti)

2. Hari Rabu - Khamis (11 & 12 September 2019) adalah untuk pelajar yang ingin bertukar seksyen atas sebab jadual kelas 'clash' SAHAJA. Sila bawa bersama jadual yang telah dirangka bagi memudahkan pihak fakulti menguruskan urusan seterusnya

Sekiranya pelajar hadir selepas tarikh yang disebutkan di atas, unit kami tidak dapat mempertimbangkan permohonan tersebut. Namun begitu pertukaran seksyen masih boleh dibuat secara online dalam masa 2 minggu bermula 8 - 19 September 2019. Jadual Kerja pelajar boleh dirujuk di laman web SMAP seperti biasa.

Sehubungan dengan itu, pihak Unit Akademik Fakulti berharap agar para pelajar dapat mematuhi tarikh tarikh yang ditetapkan seperti di atas. Sebarang pertanyaan sila hubungi Pn Natasha (07-4537351) atau Pn Ruzaimah (07-4537725)

Terima kasih.

  • Created on .