• Home
  • Updates
  • News
  • Program Kacau Bubur (MechClub)

Program Kacau Bubur (MechClub)

Jom Kacau Bubur! Satu program anjuran MechClub telah dijalankan pada hari Rabu, 26 Ogos. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama antara staf FKMP dan mengeratkan ukhuwah yang selama ini telah terjalin.

Di lokasi, kelihatan staf sibuk menyediakan bahan-bahan untuk memasak bubur. Tajaan sarapan pagi juga disediakan bagi para peserta. Tugasan memasak bubur diserahkan pada unit khas, dengan kepakaran dan pengalaman yang telah terbukti kehebatannya. Acara di akhiri dengan pengagihan bubur kepada staf yang dapat hadir ke Pejabat FKMP di C16. Terima kasih kepada semua para penyumbang dan peserta yang memeriahkan majlis. 

 

Galeri Program Jom Kacau Bubur

  • Created on .
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved