• Home
  • Updates
  • News
  • Program Qaseh Ramadhan 2020

Program Qaseh Ramadhan 2020

|13 Mei 2020 | YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Wahid bin Razzaly, Naib Canselor UTHM telah sudi hadir bagi menghulurkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan di sekitar kawasan Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Turut mengiringi beliau ialah YBhg. Prof. Dr. Mohd Shahir Shamsir bin Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM, YBrs. Prof. Madya Dr. Nik Hisyamudin bin Muhd Nor, Pengerusi Program Qaseh Ramadhan 2020, Encik Bahar bin Md Sapuan, Ketua Kampung Parit Jelutong dan juga ahli-ahli MechClub FKMP UTHM. 

Pada masa yang sama YBhg. Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTHM yang diiringi YBhg. Prof. Dr. Shahruddin bin Mahzan @ Mohd Zin, Dekan FKMP UTHM turut menyampaikan bantuan kepada keluarga yang memerlukan di lokasi berhampiran.
 
Terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan bagi menjayakan Program Qaseh Ramadhan 2020 ini.

CSR

  • Created on .
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved