• Home
  • Updates
  • News
  • Taklimat Outcome-based Education (OBE) bagi Semester II 2019/2020

Taklimat Outcome-based Education (OBE) bagi Semester II 2019/2020

Jawatankuasa Akademik (Kluster OBE) telah menggadakan taklimat berkaitan OBE, Complex Engineering Problem, Complex Engineering Activities dan Sistem Fail P&P, dengan jayanya pada 18 Februari 2020, bertempat di Bilik Mesyuarat, Kompleks G2, FKMP.

Objektif penganjuran taklimat ini adalah untuk memberikan kefahaman kepada semua staf akademik FKMP, terutamanya staf yang baru melaporkan diri, kepentingan OBE dalam sistem P&P. Secara asasnya, OBE terbahagi kepada 4 komponen utama iaitu, Perancangan, Pelaksanaan, Pemantauan dan Penilaian. Complex Engineering Problem (CEP) dan Complex Engineering Activities (CEA) adalah salah satu kaedah pelaksanaan dalam P&P, dalam memastikan kualiti projek/tugasan yang diberikan menepati kehendak dan piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak EAC (Engineering Acreditation Council), sepertimana yang termaktub dalam Buku Panduan Manual EAC edisi-2017.

Sistem Fail P&P juga turut dibincangkan, yang mana ia terdiri daripada Sistem CEPAT, Sistem JPU, Takwim Jadual FKMP dan sistem lain yang berkaitan. Jutaan, terima kasih kepada penceramah yang telah menyumbangkan idea dan tenaga dalam pelaksanaan taklimat OBE ini, iaitu TDAA FKMP, Prof. Madya Dr. Bukhari Bin Manshoor, Ts. Dr. Ahmad Mubarak Bin Tajul Arifin (Penyelaras, OBE FKMP) dan Tuan Hj. Mohd Azwir  Bin Azlan (Penyelaras, Sistem FKMP). Terima kasih kepada staf yang dapat meluangkan masa dan menghadirkan diri dalam menjayakan taklimat ini.

 

Reported by Ts. Dr. Ahmad Mubarak Bin Tajul Arifin

  • Created on .
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved