• Home
  • Updates
  • News
  • Majlis Perasmian German Day anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

Majlis Perasmian German Day anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan

19.02.2020 | Majlis Perasmian German Day anjuran Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan, UTHM dengan kerjasama German Academic Exchange Services (DAAD) Malaysia dan Kedutaan Jerman di Malaysia bertempat di Dewan Sultan Ibrahim (DSI), UTHM.

Majlis Perasmian German Day ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dr. Ismail bin Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) selaku wakil rasmi Naib Canselor UTHM. Turut hadir Mr. Nikolaus Graf Lambsdorff, Duta Jerman ke Malaysia, pegawai-pegawai dari kedutaan Jerman dan UTHM, pelajar-pelajar UTHM serta dari luar.

Pada majlis ini juga telah berlangsungnya sesi pertukaran MoU di antara UTHM dengan beberapa industri dan institusi dalam bidang kerjasama masing-masing.

germanday, employability, industry

  • Created on .
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved