Mobiliti Akademik Berkredit

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, PELUANG MENGIKUTI PROGRAM MOBILITI AKADEMIK BERKREDIT.

Program Mobiliti Akademik Berkredit adalah suatu program yang melibatkan proses pembelajaran dan pengajaran akademik samada dalam bentuk inbound atau outbound dari / ke institusi atau organisasi yang diiktiraf di dalam atau luar Negara dalam tempoh minimum 14 hari. Mobiliti akademik berkredit bermaksud kursus akademik yang melibatkan perpindahan kredit dan diberikan kredit KIRA. Ia bertujuan memberikan peluang kepada pelajar menjalani aktiviti pembelajaran di Universiti lain dalam dan luar negara, memberikan pendedahan kepada persekitaran yang baru kepada pelajar, memperluaskan interaksi sosial dan memperkayakan pengalaman pembelajaran pelajar. Selain itu, program ini mampu meningkatkan perhubungan kerjasama di antara UTHM dengan Universiti lain dalam dan luar negara serta meningkatkan visibiliti dan ranking UTHM terutama di peringkat antarabangsa. Sehubungan itu, jawatankuasa Mobiliti FKMP ingin mempelawa pelajar FKMP yang berminat untuk mengikuti program mobiliti berkredit di dalam dan luar negara untuk semester 2 dan semester 3 sesi 20192020.

Antara program yang terlibat:
1) Program mobiliti satu semester (semester 2 sesi 20192020)
2) Program hybrid (semester 3 sesi 20192020) – Luar negara sahaja
3) Projek Sarjana Muda
4) Latihan Industri

Universiti di luar negara yang terlibat adalah seperti berikut:
1) Universitas Brawijaya Indonesia
2) Telkom University Indonesia
3) Universitas Muhammadiyah Surakarta Indonesia
4) *Universitas Widyagama Malang Indonesia
5) *Kasetsart University
6) *King Mongkut's University of Technology Thonburi
* Projek Sarjana Muda dan Latihan Industri sahaja

Universiti di dalam negara yang terlibat adalah seperti berikut:
1) UiTM Shah Alam
2) UMP Pahang
3) UMS Sabah
4) Unimas Sarawak
5) UTeM Melaka

Pelajar yang berminat mengikuti program mobiliti satu semester perlu menyemak kursus kesetaraan di pejabat Fakulti. Bagi program mobiliti di universiti dalam negara, hanya program mobiliti satu semester sahaja ditawarkan. Pelajar tahun akhir juga digalakkan memohon.

Bagi urusan pengumpulan maklumat pelajar yang berminat dan taklimat program, mohon pelajar mengisi borang di link berikut:
http://bit.ly/MobiltyFKMP

Tarikh tutup permohonan adalah 29 November 2019.

Untuk pertanyaaan lanjut, hubungi Dr Nurul Fitriah bt Nasir (012-7521090).

Terima kasih.

mobility, student exchange

  • Created on .
Faculty of Mechanical and Manufacturing Engineering, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor, Malaysia

Tel: +6074537700   ||   Fax: +6074536080

FKMP 2019© Copyright Reserved