Skip to main content

MechClub 2017-2019

klik sini untuk video

Assalammualaikum & Salam Sejahtera kepada semua warga MechClub.

Untuk makluman semua warga MechClub, hari ini adalah hari terakhir AJK MechClub sesi 2017/2019 berkhidmat sebagai staf FKMP yang menjalankan tugas sampingan dalam melaksanakan program kebajikan dan rekreasi untuk keseluruhan warga FKMP.

Pencapaian 50 program untuk tempoh 2 tahun daripada 1 September 2017 sehingga 31 Ogos 2019 tidak akan dapat dilaksanakan dengan jayanya tanpa kerjasama & sokongan daripada semua warga MechClub. 50 Program yang telah dilaksanakan boleh dilihat dalam pautan berikut:

https://www.youtube.com/watch?v=YYlh5oWVKUk

Program bermula dengan pendakian dan berakhir dengan pengurusan jenazah agar dapat mengingatkan kita; walau setinggi manapun kita berada di dunia ini, pengakhiran kita di dalam isi dunia juga.

Saya sebagai pengerusi MechClub, menjadi wakil kepada AJK MechClub sesi 2017/2019 ingin memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang kami berkhidmat sebagai AJK MechClub.

Urusan pilihan raya AJK MechClub Sesi 2019/2021 akan dikendalikan oleh Dr Shahmir Hayyan. Diharapkan semua ahli dapat mengundi demi memperkasakan MechClub pada masa akan datang.

Sekian, harap maklum. Terima kasih diatas kerjasama semua staf FKMP dalam menjayakan program MechClub

Salam Maal Hijrah.
Yang Benar
NOR AZALI AZMIR
Pengerusi MechClub 2017/2019

mechclub

  • Created on .